Jumaat, 9 Januari 2009

BENGKEL PENGURUSAN KELAB RAKAN MUDA (MALAYSIA TIMUR)2008 MIRI SARAWAK.



BENGKEL PENGURUSAN KELAB RAKAN MUDA (MALAYSIA TIMUR) 2008 MIRI,SARAWAK.

Bengkel ini telah dihadiri semua Pengerusi Kelab Rakan Muda seluruh Malaysia Timur iaitu Sabah,Sarawak dan W.P.Labuan.Bengkel ini diadakan di Kampung Sukan Petronas,Miri Sarawak.

Bengkel ini bertujuan mengajar semua Pengerusi Kelab tentang cara membuat penyediaan kertas kerja,dan juga cara membuat anggaran perbelanjaan sesuatu program,dan disini jugalah para Pengerusi Kelab belajar tentang kemahiran memimpin sebuah Kelab Rakan Muda.
KRMS telah diwakili oleh Pengerusi iaitu Miss Junaidah Mustapa,Bengkel ini telah dirasmikan oleh Madam Wasitah Pengarah Rakan Muda Putrajaya Kuala Lumpur Malaysia.
Penghulu Bengkel ini Mr.Shafiq & Penghuluwati Miss Lucy@Montelo....Bengkel ini telah bejalan dengan jayanya...Majulah Kelab Rakan Muda untuk Negara yang Cemerlang,Gemilang dan Terbilang...

KEM SUKARELAWAN RAKAN MUDA (SKUAD RM IDOL)PERINGKAT ZON SABAH DAN W.P.LABUAN 2008



KEM SUKARELAWAN RAKAN MUDA (SKUAD RM IDOL) PERINGKAT ZON SABAH DAN W.P.LABUAN 2008

Kelab rakan muda sipitang telah menghantar 6orang ahli jawatankuasa KRMS mengikuti KEM KESUKARELWAN RAKAN MUDA (SKUAD RM IDOL) PERINGKAT ZON SABAH DAN W.P.LABUAN,bertempat di Lagon Park Karambunai ,kota kinabalu pada 25-29.ogos.2008 yang telah dirasmikan oleh Penolong Pengarah Rakan Muda Negeri sabah ( Azmi Ibrahim) serta di hadiri oleh Tuan Yaman selaku wakil Pegawai Rakan Muda W.P.Labuan.Wakil KRMS ialah Pengerusi JUNAIDAH MUSTAPA,Timbalan Pengerusi MOHD FARIQDZUL FADZLY,serta AJK Tertinggi KRMS.

Kem ini telah banyak memberi tunjuk ajar kepada semua peserta tentang Kepimpinan,cara berkomunikasi mengunakan radio amatur yang telah dikendalikan oleh Unit Pertahanan Askar Wataniah.Kem ini juga telah mengajar peserta tentang pertolongan cemas dan juga cara menyelamatkan mengunakan hous (Fire grell).

KELAB RAKAN MUDA SIPITANG

Bismillah al-Rahman al-Rahim

Salam perpaduan dan salam rakan muda untuk semua...

Untuk pengetahuan kepada semua Ahli KRMS kelab rakan muda sipitang telah di tubuhkan pada 11.05.2008,seramai 363 ahli yang berdaftar seluruh kawasan Parlimen Sipitang iaitu Dun Lumadan dan Dun Sindumin.Kelab Rakan Muda Sipitang ini aktif dalam aktvt Rakan Muda Sipitang yang di anjurkan oleh Jabatan Belia & Sukan Beaufort dan Negeri Khususnya.

Kelab Rakan Muda ini di bawah naungan DATUK HJ SAPAWI BIN HJ AHMAD ( Ahli Parlimen P.178 Sipitang )Penasihat Kelab Rakan Musa Sipitang ( Pn.Shamson Saad) selaku Pegawai Jabatan Belia Dan Sukan Beaufort,Pengerak Rakan Muda Sipitang ( Cik Nurul Faezah Adni Hj Zainal ),Pengerusi Kelab Rakan Muda Sipitang ( Cik Junaidah Mustapha )Timbalan Pengerusi ( Mohd Fariqdzul Fadzly Tassim ) Setiausaha Agong Kelab Rakan Muda ( Norhafizah Mohamad) Bendahari Kelab ( Nor Syazwani Idris ).